Emas sebagai penyimpan nilai sebenar kekayaan

Tips membeli dan menyimpan emas


  • Buy gold bars and coins instead of jewelry for investment. You may not get a good price for jewelry because of making and processing charges involved in it.
  • Look for hallmark or BIS sign on gold bars and coins. It is a sign of quality and purity.
  • Buy physical gold only from a well-known dealer or bank.
  • Gold should be viewed as a long-term investment.
  • Gold investors should not be "buy today and hope to make money tomorrow".
  • Gold should be seen as a store of value and insurance for your portfolio. When you buy insurance, you are not expecting to die tomorrow.


=================================================================================
=====================
Berminat untuk menjadi Dealer. PG?...hubungi saya (+6012-989 7399) insya Allah saya akan bantu dari A - Z ...
=====================

Promosi Dealer RM20,000.00 hingga penghujung 2010

Pada hari Rabu 27 Okt 2010, Public Fine Gold International melanjutkan lagi promosi Dealer 20K hingga ke penghujung tahun ini.



Promosi ini dilanjutkan untuk tempoh 2 bulan lagi iaitu sehingga penghujung Disember 2010. Jadi, kepada sesiapa yang pernah menyimpan hajat untuk menjadi Peniaga Emas Public Gold, anda boleh hubungi saya @012-9897 399. Emas adalah sesuai untuk dibeli pada setiap masa dan sejarah harga emas tpada ahun lepas meningkat sehingga 37% dan pada tahun ini, harga emas telah meningkat lagi sehingga menghampiri 30%

Kenapa Perlu Rebut Peluang Ini?

Seperti yang telah saya jelaskan sebelum ini...Fahami ini betul2 sebelum membuat tafsiran. Modal 20k tu bukannya anda bayar tanpa mendapat apa2, tetapi anda akan dapat emas yang juga bernilai 20k. Tidak seperti kebiasaannya untuk menjadi Dealer anda perlu membeli set yang saya sebutkan di atas, tetapi kali ini anda cuma perlu membuat pilihan emas jenis apa yang anda mahukan, asalkan nilainya sampai atau lebih daripada 20k, secara automatiknya anda telah bergelar Dealer Public Gold yang sah! So, di mana kerugian anda? Ingat, Public Gold menjamin ketulenan emasnya. Dan emas yang dikeluarkan cuma jenis 999 dan 916. Jadi anda tak perlu risau jika selepas anda dapat emas tu, tiba Public Gold tutup kedai (hehe..katakanla ye). Andai terjadi macam ni, anda tak perlu susah payah pergi cari Public Gold, sebab emas anda yang bernilai 20k itu masih berada di tangan anda dan ianya diterima di mana-mana sahaja kedai emas. Kedai emas mana yang tak mahu beli emas kedai lain?

Public Gold memberi peluang untuk anda menjual emas keluaran mereka sendiri. Setiap jualan yang anda buat, anda akan mendapat komisen sebanyak 1.5%. Menarik bukan? Di samping boleh meniaga dan meraih komisen, anda sebenarnya mempunyai peluang untuk membuat keuntungan sehingga hampir 6% dari hasil jualan. Sebarang persoalan boleh lah hubungi saya.

(sedutan dari Sendukemas)

Assalamualaikum warahmatullah dan salam sejahtera. Harap kita semua sihat sejahtera dan berada di dalam rahmat Allah sentiasa.

Sebenarnya sudah hampir setahun perkara yang sangat mengembirakan telah diwar-warkan dan saya ingin berkongsi bersama anda semua terutama bagi peminat, pelabur dan penyimpan emas (gold bullion/wafers collectors).

Public Gold menawarkan peluang perniagaan kepada individu untuk menjadi agen mereka dengan modal yang sangat berpatutan iaitu nilaian dalam kurang lebih 300g emas sahaja (RM30,000.00) bergantung kepada harga emas semasa.

Saya berpendapat peluang yang ditawarkan ini adalah sangat menarik dan perlu direbut secepat mungkin.

Imbasan kembali tentang Public Gold.

Pada 4 November 2008, Public Gold telah menawarkan peluang kepada individu, syarikat dan koperasi untuk menjadi agen mereka.

Namun modal yang diperlukan adalah tinggi, sekitar RM250,000. Jadi ia sedikit sebanyak menjadi halangan kepada mereka yang berminat untuk menceburi business emas ini, walaupun ianya adalah perniagaan yang menguntungkan.

Sekarang modal agen hanyalah RM30,000.

Public Gold telah membuka peluang menjadi agen kepada mereka yang berminat dengan modal yang minima. Sekarang, dengan modal RM30,000.00 anda sudah boleh menjadi agen Public Gold dan boleh mulakan perniagaan emas anda sendiri. RM30,000.00 tersebut adalah untuk belian stok emas 999.9 (starter kit - seperti gambar sebelah kiri ni) Public Gold, contohnya gold wafer 100 gram, gold wafer50 gram, gold wafer 20 gram dan dinar emas 916 (1 dinar, 5 dinar dan 10 dinar).




Sila lihat surat tawaran Public gold di bawah :)


Klik untuk besarkan

Pada pendapat saya modal tersebut adalah sangat berpatutan bagi business emas ini. Satu peluang keemasan yang perlu direbut segera.

Dengan menjadi agen Public Gold anda boleh membeli dan menjual produk-produk keluaran Public Gold seperti:

  1. Gold wafer 20 gram
  2. Gold wafer 50 gram
  3. Gold wafer 100 gram
  4. Gold Coin 50 gram
  5. Dinar Emas (1 Dinar, 5 Dinar dan 10 Dinar)

Kesemua produk Public Gold adalah untuk pelaburan emas, senang dijual dan perbezaan antara harga belian/jualan lebih rendah. Very hot item :)


Gold Bar 20 gram, 50 gram dan gold coin 50 gram

dinar_specs1
1 Dinar, 5 Dinar dan 10 Dinar Emas 916 (22K)

Kebaikan menjadi agen Public Gold.

1. Produk Public Gold sangat mudah untuk dijual. Ini kerana Public Gold menjual emas pelaburan dengan harga yang lebih rendah berbanding harga di kedai emas. Perbezaan diantara harga belian dan jualan adalah sangat kecil iaitu di sekitar 5% - 6% sahaja berbanding dengan kedai-kedai emas diantara 10% - 18%.

2. Gold bar Public Gold tetap diterima walaupun tercalar, bengkok, kemek asalkan beratnya tetap sama (tidak berubah). Jadi, peace of mind kepada pembeli emas Public Gold ni.

3. Stok yang sentiasa ada. Walau harga emas naik atau turun, kita tetap boleh order daripada Public Gold. Tidak pernah mereka cakap stok tak ada. Stok sentiasa ada.

4. Agen diberi pamplet secara percuma oleh syarikat PG. Jadi senang untuk kita buat promosi.

pamplet

Dengan pamplet, Senang sikit nak promote.

Target Jualan Bulanan.

Bagi agen yang baru dilantik, terdapat target jualan bulanan iaitu RM20,000 sebulan. Ini adalah untuk memastikan agen-agen yang dilantik memberikan komitmen di dalam business ini, bukan semata-mata hendak membeli emas dengan harga diskaun. Bagi saya, sales RM20,000 sebulan memang mudah untuk tercapai jika berusaha lebih sedikit, yang penting kesungguhan dan minat yang mendalam perlu ada dalam diri agen masing-masing

Kesimpulan.

Ini adalah satu peluang keemasan yang terbaik. Jika anda mempunyai modal RM30,000.00 dan juga berkeinginan untuk mencari peluang perniagaan yang menguntungkan, maka menjadi agen Public Gold merupakan pilihan yang terbaik. Bukan sekadar mendapat keuntungan, malahan menyediakan ruang dan peluang bagi kita untuk berkongsi ilmu berkenaan kepentingan emas dengan masyarakat di luar sana. Kita beroleh keuntungan, mereka beroleh manfa'at dari ilmu yang kita berikan, sama-sama mendapat keuntungan dan manfa'at.

Borang untuk menjadi Agen...download sini (klik untuk besarkan imej atau right click, pilih Save image as..)





borang yang telah siap diisi hendaklah dikembalikan kepada saya dengan scan semula dan emailkan kepada saya beserta satu salinan KP untuk tujuan penyenaraian maklumat dealer.

Jika berminat,
Hubungi saya Khairul Annuar Ismail nuar96@yahoo.com

Jika anda berminat untuk menjadi agen Public Gold walaupun anda tidak dapat menyediakan modal sebanyak RM30,000.00, anda boleh menghubungi saya dengan menghantar pertanyaan ke email nuar96@gmail.com ataupun letakkan di bahagian komen atau call me@+6012.9897.399. Saya amat berbesar hati sekiranya dapat membantu anda menjadi usahawan emas yang berjaya.

Apa tunggu lagi, rebutlah peluang ini sekarang!

Tuesday, November 9, 2010

Gaji ADUN Kelantan dalam dinar, dirham

09/11/2010 12:38pm

KOTA BHARU 9 Nov. - Separuh daripada gaji Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kelantan mungkin dibayar dalam bentuk dinar dan dirham, Dewan Undangan Negeri diberitahu hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri, Datuk Husam Musa berkata, pihaknya sedia untuk memanjangkan cadangan itu kepada Jabatan Perbendaharaan Negeri untuk diperhalusi.

"Kita cadang bawa perkara ini kepada pertimbangan kerajaan negeri dan juga Jabatan Perbendaharaan Negeri.

"Jika tiada apa halangan, kita mungkin akan melaksanakan separuh bayaran gaji kepada wakil rakyat dalam bentuk dinar dan dirham," katanya menjawab soalan Arifabillah Ibrahim (Pas-Dabong).

Beliau bagaimanapun berkata, cadangan pembayaran separuh bayaran gaji dengan menggunakan dinar dan dirham bergantung kepada pilihan para Adun sendiri.

"Atas pilihan masing-masing, kita boleh bayar menggunakan mata wang itu kepada mereka yang setuju, tetapi bagi yang tidak setuju, kita boleh terus bayar dengan duit kertas," kata Husam. - Bernama

Source:Utusan Malaysia

Tuesday, November 2, 2010

Manusia dan Emas...

Manusia dan Emas : Ada 5 jenis manusia yang akan kita jumpa mengenai emas !

1. Membeli emas sebagai perhiasan
2. Membeli emas sebagai simpanan
3. Membeli emas sebagai pelaburan
4. Membeli emas sebagai perniagaan
5. Membeli emas untuk melindungi kekayaan anda

Jadi...kita berada di dalam golongan yang mana ?

Friday, August 13, 2010

Kelantan lancar matawang syariah dinar, dirham

Kelantan lancar matawang syariah dinar, dirham
Salmah Mat Husain


KOTA BHARU, 12 Ogos: Selepas empat tahun Dinar Kelantan dilancarkan, hari ini di di bawah kepemimpinan ulama sekali lagi dicetus sejarah apabila melancar pula matawang syariah, Dinar dan Dirham Kelantan.

Majlis bersejarah itu disempurnakan Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Kelantan Trade Centre (KTC).

Program sempena Ramadan tersebut dianjurkan bersama Perbadanan Menteri Besar Kelantan dan Kelantan Golden Trade Sdn Bhd.

(Gambar: Tuan Guru menyampaikan logo dinar kepada peniaga yang menerima mata wang dinar dirham untuk jual beli.)


Pada majlis perasmian terbabit Menteri Besar melakukan gimik pelancaran dengan menyimpan dinar dan dirham ke dalam sebuah mesin untuk simpanan Tabung Haji.

Matawang Dinar dan Dirham Kelantan boleh digunakan untuk pembayaran gaji, zakat, mas kahwin dan perniagaan.

Pada 2006 kerajaan negeri melancarkan Dinar Kelantan dalam tiga bentuk iaitu satu dinar penuh berukuran 23 mm dengan berat 4.25 gm bernilai RM332.25.

Selain itu separuh dinar bersaiz 20 mm (1.06 gm) bernilai RM176.76) dan suku dinar bersaiz 21 mm (0.5 gm) bernilai RM99.38.

Kini nilaian dinar tersebut sudah meningkat berbanding ketika dilancarkan. Dinar tersebut mendapat sambutan menggalakkan untuk simpanan nilai dan mas kahwin.

Pada majlis pelancaran itu, sejumlah RM100,000 telah dibeli orang ramai.


Kelantan lancar matawang syariah dinar, dirham
Ogos 12, 10 5:53pm
Kongsi 160
Kelantan berhasrat menjadi negeri pertama mempelopori penggunaan emas dan perak yang dikenali mata wang syariah emas dinar dan perak dirham.

Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata adalah menjadi hasratnya untuk melihat Kelantan mempelopori penggunaan mata wang syariah dalam semua urusniaga, termasuk membayar gaji kakitangan kerajaan negeri.

Bagaimanapun, katanya, masih banyak soal teknikal yang perlu diatasi oleh kerajaan negeri sebelum dapat melaksanakannya.

"Kita bercadang mengamalkan semua urusniaga dan membayar gaji kakitangan menggunakan mata wang syariah, iaitu dinar emas dan dirham ini secara menyeluruh tidak lama lagi," katanya pemberita selepas majlis pelancaran dinar emas di Kota Bharu, hari ini.

Dinar emas dan dirham itu dikendalikan oleh Kelantan Gold Trade (KGT) iaitu anak syarikat Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).

Simbolik kepada majlis pelancaran itu, Nik Abdul Aziz menyerahkan dinar emas kepada Ketua Pegawai Eksekutif PMBK, Mustapha Salleh bagi pembayaran gaji kepada kakitangannya untuk bulan ini.

Nik Abdul Aziz, yang juga Pengerusi PMBK berkata, sehingga ini lebih 1,000 peniaga bersetuju menggunakan emas dinar dan dirham sebagai mata wang alternatif untuk berurusniaga di premis mereka.

Selain itu, Tabung Haji dan Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) bersetuju menjadi ejen dan menerima mata wang syariah itu untuk berurusniaga.

Beliau berkata, tidak ada sebab urusniaga mengunakan mata wang syariah ini tidak boleh diamalkan di negeri ini kerana penggunaannya telah diamalkan sebelum kejatuhan Kerajaan Othmani di Turki.

Sehubungan itu, beliau menggalakkan semua pihak menggunakan mata wang syariah itu secara menyeluruh dan bukan untuk negeri ini sahaja.

- Bernama

Source : Harakah, Malaysiakini

Sunday, January 3, 2010

Pengurusan Kewangan dan Simpanan Emas (Wang vs Emas)






(TERBUKA SELURUH WARGA MALAYSIA)

Julung-julung kalinya diadakan secara besar-besaran! Selepas ini akan diikuti dengan siri 2 dan siri 3, insyaallah.....

SEMINAR SEHARI SIRI 1 | PENGURUSAN KEWANGAN DAN PENIAGAAN EMAS (WANG vs EMAS)
Tarikh : 23 Januari 2010 (Sabtu)
Tempat : Dewan Sultan Mizan (DSM), Universiti Malaysia Terengganu (UMT)
Masa : 8.00 pagi hingga 5.00 petang
Bayaran : RM35 untuk 1 orang (Tempat duduk hanya terhad kepada 2000 orang pertama sahaja)
Perasmi Seminar : Naib Canselor UMT
Anjuran : Persatuan Pentadbir dan Ikhtisas UMT (PERENTAS) dengan kerjasama Public Fine Gold International Sdn. Bhd.
Makan/minum : Disediakan oleh pihak penganjur
Penceramah jemputan :
  1. Sesi 1 : Dato' Salleh bin Majid (Mantan Presiden BSKL)
  2. Sesi 2 : En. Syukor bin Hashim (Pemilik blog jutawanemas.com)
  3. Sesi 3 : En. Louis Ng (Pengerusi Eksekutif Public Fine Gold International (PFGI) Sdn. Bhd.)
  4. Sesi 4 : AKPK (Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit)
Hubungi 012.9897.399. Jangan lepaskan peluang keemasan ini. Pakar-pakar kewangan sedia membantu kita semua. Insyaallah...

Friday, December 18, 2009

Seminar Pelaburan Emas Public Gold datang lagi...

Seminar Pelaburan Emas Fizikal Public Gold

Atas permintaan ramai Public Gold akan mengadakan seminar di kawasan2 berhampiran anda....


Schedule of Public Gold Seminar:
Day Date Time Town Venue

  1. Sat 19.12.09 8pm-10pm Sungai Petani Park Avenue Hotel
  2. Sun 20.12.09 8pm-10pm Butterworth Pearl View Hotel
  3. Sat 26.12.09 8pm-10pm Kota Bahru Grand Riverview Hotel
  4. Sun 27.12.09 8pm-10pm Kuala Terengganu Ming Star Hotel
  5. Sat 02.01.10 8pm-10pm Johor Bahru J. A. Residence Hotel


Details of Venue:
• Park Avenue Hotel
Jati room,Level 2
E-1 Jalan Indah Dua, Taman Sejati Indah,
08000 Sungai Petani, Kedah.
Tel: 04-431 7777

• Pearl View Hotel
Pearl 6 (Level 5)
Jalan Baru, Seberang Prai,
13700 Butterworth, Penang.
Tel: 04-398 9888

• Grand Riverview Hotel
Dewan Congkak (1stFloor)
Jalan Post Office Lama,
15000 Kota Bharu, Kelantan.
Tel: 09-743 9988

• Ming Star Hotel
Dewan Tanjung 2 – Level 1
217, Wisma Cemerlang, Jalan Sultan Abidin,
20000 Kuala Terengganu, Terengganu.
Tel: 09-622 8666

• J. A. Residence Hotel
(Formerly known as the Compact Hotel Johor Bahru)
Hall J.A. Residence
18, Jalan Wong Ah Fook,
80000 Johor Bahru, Johor.
Tel: 07-221 3000

masuk adalah PERCUMA/FREE

berminat ?? call +6012.9897.399 (khairul) ....tempat adalah terhad

atau email nama penuh, no. tel dan alamat ke nuar96@yahoo.com

Monday, November 16, 2009

Bijak Wang (TV3) : Elok melabur dalam bentuk emas

MINGGU lepas saya dijemput oleh TV3 menerangkan tentang emas sebagai pelaburan alternatif dalam program Bijak Wang. Minat dengan pelaburan emas memang sedang meningkat. Melalui program tersebut pun ada beberapa penonton yang menelefon bertanyakan beberapa perkara tentang emas.

Saya diminta menerangkan mengapa wajar melabur dengan emas. Emas sebenarnya ialah suatu komoditi yang tidak luntur ditelan zaman. Walau tertanam beribu-ribu tahun sekalipun, emas tetap berkilau.

Tidak ada negara yang mata wangnya tidak tertakluk kepada turun naik nilai emas, termasuklah negara kita semasa krisis 97/98 yang mana mata wang kita dikatakan menjadi bahan spekulator dan pernah jatuh ke paras serendah RM4.50 untuk satu dolar Amerika.

Mata wang dunia tidak lagi disokong oleh emas dan negara seperti Amerika Syarikat didapati boleh mengeluarkan seberapa banyak wang sesuka hati mereka.

Sekian lama mata wang dolar Amerika digunakan untuk segala-galanya daripada rizab negara kepada dagangan dunia.

Boleh dikatakan tidak ada urusan yang tidak lepas daripada dolar Amerika sehinggalah Kesatuan Eropah menghasilkan Euro yang menjadi pencabar kepada kedudukan dolar Amerika.

Apabila berlaku krisis ekonomi pada tahun 2008 yang berpunca di Amerika, dolar terus tertekan kedudukannya selaku mata wang utama. Tambahan pula negara seperti China yang banyak membeli Bil Perbendaharaan Amerika Syarikat merasa bimbang mengenai penurunan nilai dolar dan menyarankan penggunaan mata wang alternatif untuk perdagangan.

Pada waktu sama China juga mengajak negara-negara Asia Barat mengubah haluan menggunakan mata wang lain selain dolar Amerika.

Suasana begini dicampur dengan defisit kerajaan Amerika yang berjumlah trilion dolar menyebabkan ramai orang membeli emas selaku pelindung atau insuran.

Mereka yang mengambil langkah perlindungan ini bukan saja orang individu tetapi juga negara. Selasa minggu lepas, Bank Negara India telah membeli 200 tan emas dari Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) dan ia telah melonjakkan harga emas pada hari itu. Dikhabarkan IMF akan menjual sebanyak 200 tan lagi. Kenaikan permintaan ini menyebabkan harga emas terus meningkat.

Minggu lepas sehingga semalam (Jumaat) emas naik dari AS$1091 (RM3,815) seauns kepada AS$1106 (RM3,871).

Bagaimanapun mereka yang ingin membeli emas patut melihat pembeliannya untuk disimpan selama 365 hari. Bukan untuk dijual minggu depan atau bulan depan kerana dengan mengambil sikap demikian segala turun naik harga (volatiliti) dapat diatasi.

Misalnya sejak setahun lalu, harga emas naik sebanyak 52 peratus dari AS$734.90 (RM2,572) seauns kepada AS$1116.80 (RM3,908) seauns.

Kalau emas tidak penting mengapa kerajaan India membeli 200 tan emas minggu lepas?

Kebimbangan akan kejatuhan nilai matawang dolar Amerika dan kemungkinan pemulihan mungkin akan mengambil masa lebih lama daripada dijangkakan kerana pengangguran di AS hampir mencecah 10 peratus dan masalah yang membelenggu sektor perumahan belum dapat diatasi lagi.

Kerajaan China juga menasihatkan rakyatnya menyimpan 5 peratus daripada wang simpanan mereka dalam bentuk emas dan ini bakal menaikkan lagi harga emas.

Kita ingat semasa zaman ramai pelarian meninggalkan negara asal mereka seperti semasa perang Vietnam. Mereka yang lari daripada Kemboja membawa bersama emas dan apabila sampai di sini mereka menggunakan emas tersebut untuk memulakan perniagaan dan hidup baru.

Contohnya di kawasan Kota Tinggi, Johor. Ramai orang Kemboja yang memiliki perniagaan seperti barang kemas dan perniagaan kain. Emas diterima di mana-mana tidak kira di negara mana sekalipun, emas tetap emas.

Seperti yang pernah dinyatakan dahulu, emas boleh dibeli secara buku pas dan secara syiling atau keping (wafer) dari bank-bank perdagangan. Selain itu, barang kemas juga suatu pelaburan dalam "bentuk emas" walaupun ketulenan emas pada barang kemas adalah rendah daripada emas keping iaitu 91.6 peratus bagi barang kemas dan 99.99 bagi syiling dan emas keping.

Bagi Bursa Malaysia pula, mungkin Dana Dagangan Bursa Emas (Gold Exchange Traded Fund) mungkin boleh difikirkan selaku salah suatu tawaran di bursa kita.

Dengan adanya ETF Emas ini dapatlah lebih ramai pelabur melabur dalam emas dengan modal yang lebih rendah.

DATO' SALLEH MAJID ialah bekas Presiden Bursa Saham Kuala Lumpur (kini Bursa Malaysia)

[Source:Utusan Malaysia]

Friday, October 30, 2009

Penurunan harga emas...Perhatian kepada Dealers

Salam semua...

Dealers tidak perlu bimbang kepada penurunan harga emas, di sini suka saya mengemukakan satu pertanyaan yang dikemukan oleh Kak Yatie (Dealer kawasan Marang dan sekitarnya) seperti berikut :...

Salam,

Maaf ganggu lagi. Ada beberapa pertanyaan ni.

Kalau ada buyer masa harga murah dari masa harga kita beli dulu kita mesti jual, contoh: harga jual sekarang 2300 harga beli 2200
harga kita beli: 2500
saya lock harga 2300 dan order yang lain dengan PB or en khairul.
lepas tu saya kena gi tebus kat BR sekeping dan kena bayar harga sekeping ikut harga BR or kena bayar berapa... Dah tu bagi emas tu ke pembeli (dia ada RM1500 je) dia pajak lak dapat dalam seribu terus bayar ke saya...camtu eh...

Jadi agen ni mesti sentiasa ada emas dalam nilai 30k ke dalam akaun kita.

Katakan kita nak labur banyak untuk sendiri dalam 50k. Lepas 2minggu, or 1 bulan or 3 bulan harga naik tinggi untuk beberapa hari (kira untung la tu..) kalau kita nak jual kesemuanya boleh jual pada en khairul or PG. Kalau ke PG, mr branson atau orang dia kena datang laa...

En khairul selalu tekankan 'buat sale sebelum 1 nov untuk dapat komisen' Kami daftar hari tu dah lambat. Jadi mungkin lepas 1Nov baru ada jualan...

En khairul buat sendiri ke blog tu ...Kalau saya nak buat blog (kurang pandai lagi) macamana nak dapat mssukkan add PG, PDinar, BR, kitko dan lain2 tu...

Sekian dulu. Terima kasih.

...ini di antara persoalan yang bermain di kepala kita sebagai Dealer, beli harga mahal jual harga murah....adakah Dealer memperolehi keuntungan? jawan nya "YA"...Dealer tetap akan memperolehi keuntungan sekiranya kita mengambil langkah seperti berikut....

  1. Jual stok yang ada ditangan sebagaimana harga yang diminta oleh client kita even harganya jauh lebih rendah dari harga kita beli...
  2. Pada masa yang sama kita buat order baru berdasarkan harga yang diminta oleh client kita...
  3. Kita akan menerima emas yang kita order pada harga yang dipesan oleh client kita sebagai stok baru kita..
  4. Pada masa yang sama kita akan menikmati komisyen dan stok baru pada harga yang lebih rendah...
  5. So...disini tidak timbul persoalan rugikah kita?
  6. Proses ini lebih kurang mendahulukan stok yang ada pada kita sebelum kita menerima stok baru yang harganya sama seperti yang diminta oleh client kita...
Dengan itu tidak timbul "saya terpaksa hold dulu, sebab masa saya beli hari tuu harga lebih tinggi"...nasihat saya..apabila apabila permintaan...kita let it go...jangan kita berfikit sebagai pembeli...tetapi kita berfikir sebagai seorang Dealer...
 

Where you from

Who's online

Tips Pelaburan Emas | Gold Investment Tips