Emas sebagai penyimpan sebenar nilai kekayaan

Tips membeli dan menyimpan emas



Buy gold bars and coins instead of jewelry for investment. You may not get a good price for jewelry because of making and processing charges involved in it.

Look for hallmark or BIS sign on gold bars and coins. It is a sign of quality and purity.

Buy physical gold only from a well-known dealer or bank.

Gold should be viewed as a long-term investment.

Gold investors should not be "buy today and hope to make money tomorrow".

Gold should be seen as a store of value and insurance for your portfolio. When you buy insurance, you are not expecting to die tomorrow.


=================================================================================

Berminat untuk menjadi Dealer. PG?...hubungi saya khairul (+6012-989 7399) insya Allah saya akan bantu dari A - Z ...
===============================================================================

Promosi Dealer RM20,000.00

Pada hari Rabu 27 Okt 2010, Public Fine Gold International melanjutkan lagi promosi Dealer 20K.



Promosi ini dilanjutkan untuk tempoh 2 bulan lagi iaitu sehingga penghujung Disember 2010. Jadi, kepada sesiapa yang pernah menyimpan hajat untuk menjadi Peniaga Emas Public Gold, anda boleh hubungi saya @012-9897 399. Emas adalah sesuai untuk dibeli pada setiap masa dan sejarah harga emas tpada ahun lepas meningkat sehingga 37% dan pada tahun ini, harga emas telah meningkat lagi sehingga menghampiri 30%

Kenapa Perlu Rebut Peluang Ini?

Seperti yang telah saya jelaskan sebelum ini...Fahami ini betul2 sebelum membuat tafsiran. Modal 20k tu bukannya anda bayar tanpa mendapat apa2, tetapi anda akan dapat emas yang juga bernilai 20k. Tidak seperti kebiasaannya untuk menjadi Dealer anda perlu membeli set yang saya sebutkan di atas, tetapi kali ini anda cuma perlu membuat pilihan emas jenis apa yang anda mahukan, asalkan nilainya sampai atau lebih daripada 20k, secara automatiknya anda telah bergelar Dealer Public Gold yang sah! So, di mana kerugian anda? Ingat, Public Gold menjamin ketulenan emasnya. Dan emas yang dikeluarkan cuma jenis 999 dan 916. Jadi anda tak perlu risau jika selepas anda dapat emas tu, tiba Public Gold tutup kedai (hehe..katakanla ye). Andai terjadi macam ni, anda tak perlu susah payah pergi cari Public Gold, sebab emas anda yang bernilai 20k itu masih berada di tangan anda dan ianya diterima di mana-mana sahaja kedai emas. Kedai emas mana yang tak mahu beli emas kedai lain?

Public Gold memberi peluang untuk anda menjual emas keluaran mereka sendiri. Setiap jualan yang anda buat, anda akan mendapat komisen sebanyak 1.5%. Menarik bukan? Di samping boleh meniaga dan meraih komisen, anda sebenarnya mempunyai peluang untuk membuat keuntungan sehingga hampir 6% dari hasil jualan. Sebarang persoalan boleh lah hubungi saya.

Assalamualaikum warahmatullah dan salam sejahtera. Harap kita semua sihat sejahtera dan berada di dalam rahmat Allah sentiasa.

Sebenarnya sudah hampir setahun perkara yang sangat mengembirakan telah diwar-warkan dan saya ingin berkongsi bersama anda semua terutama bagi peminat, pelabur dan penyimpan emas (gold bullion/wafers collectors).

Public Gold menawarkan peluang perniagaan kepada individu untuk menjadi agen mereka dengan modal yang sangat berpatutan iaitu nilaian dalam kurang lebih 250g emas sahaja (RM20,000.00) bergantung kepada harga emas semasa.

Saya berpendapat peluang yang ditawarkan ini adalah sangat menarik dan perlu direbut secepat mungkin.

Imbasan kembali tentang Public Gold.

Pada 4 November 2008, Public Gold telah menawarkan peluang kepada individu, syarikat dan koperasi untuk menjadi agen mereka.

Namun modal yang diperlukan adalah tinggi, sekitar RM250,000. Jadi ia sedikit sebanyak menjadi halangan kepada mereka yang berminat untuk menceburi business emas ini, walaupun ianya adalah perniagaan yang menguntungkan.

Sekarang modal agen hanyalah RM20,000.

Public Gold telah membuka peluang menjadi agen kepada mereka yang berminat dengan modal yang minima. Sekarang, dengan modal RM20,000.00 anda sudah boleh menjadi agen Public Gold dan boleh mulakan perniagaan emas anda sendiri. RM20,000.00 tersebut adalah untuk belian stok emas 999.9 (starter kit - seperti gambar sebelah kiri ni) Public Gold, contohnya gold wafer 100 gram, gold wafer50 gram, gold wafer 20 gram dan dinar emas 916 (1 dinar, 5 dinar dan 10 dinar).





Pada pendapat saya modal tersebut adalah sangat berpatutan bagi business emas ini. Satu peluang keemasan yang perlu direbut segera.

Dengan menjadi agen Public Gold anda boleh membeli dan menjual produk-produk keluaran Public Gold seperti:

Gold wafer 20 gram

Gold wafer 50 gram

Gold wafer 100 gram

Gold Coin 50 gram

Dinar Emas (1 Dinar, 5 Dinar dan 10 Dinar)



Kesemua produk Public Gold adalah untuk pelaburan emas, senang dijual dan perbezaan antara harga belian/jualan lebih rendah. Very hot item



Gold Bar 20 gram, 50 gram dan gold coin 50 gram


1 Dinar, 5 Dinar dan 10 Dinar Emas 916 (22K)

Kebaikan menjadi agen Public Gold.

1. Produk Public Gold sangat mudah untuk dijual. Ini kerana Public Gold menjual emas pelaburan dengan harga yang lebih rendah berbanding harga di kedai emas. Perbezaan diantara harga belian dan jualan adalah sangat kecil iaitu di sekitar 5% - 6% sahaja berbanding dengan kedai-kedai emas diantara 10% - 18%.

2. Gold bar Public Gold tetap diterima walaupun tercalar, bengkok, kemek asalkan beratnya tetap sama (tidak berubah). Jadi, peace of mind kepada pembeli emas Public Gold ni.

3. Stok yang sentiasa ada. Walau harga emas naik atau turun, kita tetap boleh order daripada Public Gold. Tidak pernah mereka cakap stok tak ada. Stok sentiasa ada.

4. Agen diberi pamplet secara percuma oleh syarikat PG. Jadi senang untuk kita buat promosi.



Dengan pamplet, Senang sikit nak promote.

Target Jualan Bulanan.

Bagi agen yang baru dilantik, terdapat target jualan bulanan iaitu RM20,000 sebulan. Ini adalah untuk memastikan agen-agen yang dilantik memberikan komitmen di dalam business ini, bukan semata-mata hendak membeli emas dengan harga diskaun. Bagi saya, sales RM20,000 sebulan memang mudah untuk tercapai jika berusaha lebih sedikit, yang penting kesungguhan dan minat yang mendalam perlu ada dalam diri agen masing-masing

Kesimpulan.

Ini adalah satu peluang keemasan yang terbaik. Jika anda mempunyai modal RM20,000.00 dan juga berkeinginan untuk mencari peluang perniagaan yang menguntungkan, maka menjadi agen Public Gold merupakan pilihan yang terbaik. Bukan sekadar mendapat keuntungan, malahan menyediakan ruang dan peluang bagi kita untuk berkongsi ilmu berkenaan kepentingan emas dengan masyarakat di luar sana. Kita beroleh keuntungan, mereka beroleh manfa'at dari ilmu yang kita berikan, sama-sama mendapat keuntungan dan manfa'at.

Jika berminat,
Hubungi saya Khairul Annuar Ismail (PG000203) nuar96@yahoo.com

Jika anda berminat untuk menjadi agen Public Gold walaupun anda tidak dapat menyediakan modal sebanyak RM20,000.00, anda boleh menghubungi saya dengan menghantar pertanyaan ke email nuar96@gmail.com ataupun letakkan di bahagian komen atau call me@++6012.9897.399. Saya amat berbesar hati sekiranya dapat membantu anda menjadi usahawan emas yang berjaya.

Apa tunggu lagi, rebutlah peluang ini sekarang!



Friday, September 4, 2009

Dinar Emas, Pusat akhirnya akui amalan Kelantan

Hazayani Zakaria
Sun | Aug 30, 09 | 11:55:33 am MYT
KUALA LUMPUR, 30 Ogos: Exco Kerajaan Negeri Kelantan Dato' Husam Musa menyambut baik saranan kerajaan agar Tabung Haji (TH) dan Pusat Zakat (PZ) meneliti penggunaan dinar emas sebagai asas dalam urusan mereka.

Namun beliau yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Pembangunan Masyarakat berharap ianya dilaksanakan mengikut seperti yang dikehendaki Islam, bukan hanya mengambil sebahagian sahaja.

Pertama saya ucap tahniah kepada kerajaan persekutuan.Akhirnya boleh berkongsi pandangan dengan kerajaan negeri Kelantan. Tetapi pelaksanan itu mesti seperti yang dikehendaki Islam. Tak boleh ambil separuh-separuh," katanya ketika dihubungi Harakahdaily.

Beliau turut berkongsi kebimbangan mengenai keadaan ekonomi negara yang tidak stabil ketika ini dan memerlukan kepada penggunaan dinar emas sebagai alternatif memandangkan ianya terkenal dengan sifatnya yang stabil terhadap aktiviti spekulasi dan manipulasi.

Idea penggunaan dinar emas telah dicadangkan oleh Husam dari tahun 2001 lagi apabila Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menganjurkan idea yang sama pada tahun itu.

Pada tahun 2001, Tun Dr Mahathir mencadangkan penggunaan nilai dinar emas dalam perdagangan antara negara-negara anggota Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) bagi menghadapi manipulasi mata wang.

Namun idea berkenaan terhenti setelah Tun Abdullah Ahmad Badawi mengambil alih pentadbiran negara pada tahun 2004.

Kerajaan Kelantan bagaimanapun telah menggunakan Emas Dinar Kelantan sebagai simpanan nilai, walau pun ia tidak dipersetujui pihak-pihak tertentu termasuk Kerajaan Pusat ketika itu.

Manakala pada 24 Julai 2007, Kerajaan Kelantan melalui badan penyelidiknya, Kelantan Reserch Institute and Strategic Studies (Kriss) menganjurkan seminar antarabangsa dinar emas (International Seminar on Gold Dinar) di PWTC.

Tun Dr Mahathir turut berada di majlis itu dan memberikan ucap utama atas kepentingan idea bersama iaitu 'dinar emas' antara beliau dan pemimpin PAS Kelantan.

Husam juga berkata, meskipun baru sekarang kerajaan menyedari kepentingan penggunaan dinar emas sebagai alternatif kepada penggunaan mata wang, namun ujarnya Kelantan bersedia untuk bekerjasama dengan kerajaan pusat bagi meningkatkan penggunaan dinar emas.

"Walaupun dia terlambat tapi saya alu-alukan dan kelantan bersetuju untuk beri kerjasama untuk membolehkan wang dinar ni berkembang lagi," jarnya.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Jamil Khir Baharom berkata, sistem kewangan dunia berasaskan wang kertas dan berlandaskan riba telah membawa kepada banyak kerosakan seperti kemiskinan, kerosakan alam sekitar, monopoli pengeluaran dan pengedarannya serta masalah lain seperti pengangguran, jenayah, maksiat dan kejatuhan moral.

Teks ucapan beliau dibaca oleh Setiausaha Politik Menteri di Jabatan Perdana Menteri Shahabudin Yahya pada majlis perasmian Sminar antarabnagsa Penjanaan Ekonomi Melalui Transaksi Wang Dinar 2009 di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) di Bangi Khamis lalu.

Ini sekaligus menunjukkan apa yang teah dipraktikkan oleh Kerajaan Kelantan ternyata membawa kebaikan dan turut diakui oleh kerajaan pusat.

Source : Harakah.net


 

Where you from

Who's online

Tips Pelaburan Emas | Gold Investment Tips